WELCOME TO ALL FRIEND

Salam kawan-kawan yang sudi bertandang ke web saya. Beri sokongan atau kritik yang membina.....jompa lagi.....

Monday, November 30, 2009

>>>MINUMAN KORDIAL SQUEEZY

Minuman penghilang dahaga dan memberikan kepuasan yang menyegarkan. Penuh dengan khasiat dari madu yang berkualiti premium. Sesuai untuk sebarang acara keramaian. Ditambah ais atau pun tidak, nikmati kehebatannya pada bila-bila masa, di mana jua. Terdapat 8 perisa yang lazat:
1)Kordial Ros Squeezy
Market Price = WM RM16.60 EW RM17.60


2)kKordial Mangga dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM17.40 EM RM18.40
3)Kordial Oren dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM17.40 EM RM18.40
4)Kordial Kurma dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM31.50 EM RM32.50

5)Kordial Buah Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM32.80 EM RM33.80

6)Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM17.40 EM RM18.40
7)Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM17.80 EM RM18.80
8)Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy
Market Price =WM RM17.40 EM RM18.40

Monday, November 23, 2009

>>UBAT GIGI SMILE ON

Menggosok gigi adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan penjagaan di dalam mulut. Namun kebanyakan ubat gigi boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan kerana kandungan yang kasar boleh menghakis enamel gigi atau kekurangan fluorida yang penting untuk perlindungan gigi yang lebih baik. Jika ingin mencari ubat gigi yang ideal, Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah pilihan tepat untuk penjagaan mulut yang sihat. Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah ubat gigi yang dirumus khas yang membersih dengan lebih baik, mengekalkan gusi yang lebih sihat dan menjanjikan senyuman yang memikat sentiasa. Ekstrak Aloe Veranya memberikan kuasa pembersihan yang melegakan dan perlindungan fluorida SMFPnya mengekalkan gusi dan gigi yang sihat dan kuat, terhindar daripada tartar, plak dan gigi berlubang yang disebabkan oleh pemberusan gigi yang tidak sempurna atau penggunaan ubat gigi yang kurang berkemampuan. Gunakan Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera dengan kerap dan nikmati rasa pudina yang menyejukkan lagi menyegarkan.

Selain daripada mencuci gigi bole disapu pada muka jerawat batu, Insyallah cepat kecutkan jerawat, ianya boleh sapu dari percikan minyak. Pengalaman saya semasa sakit gigi dan sapu bahagian gigi sakit dan boleh telan tidak mudaratkan alhamdulillah pada keesokannya tidak sakit lagi hingga ke hari. RM 11.70

Wednesday, November 11, 2009

>>BANTAL DAN PELAPIK TILAM CONTIAGO

Lapik tilam yang unik, mewah dengan 7 fungsi utama & rangkaian kebaikan yang menyeluruh. Membantu meningkatkan kerehatan, membolehkan anda bangun dengan lebih segar & cergas di sebalik keselesaan & tidur berkualiti tinggi yang anda nikmati. Ciri-ciri utama Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago :


  • 7 fungsi utama : fungsi inframerah, fungsi bio-magnetik, fungsi terma, fungsi batu mineral jed semula jadi, fungsi ion negatif, sokongan tulang belakang & tidur dan perlindugan anti hama
  • lapisan luar Damask Jacquard anti hama yang bermutu tinggi
  • penyelidikan dan pembangunan termaju inovasi produk
  • selesa dan merehatkan
  • rekaan sempurna dengan tepi yang diperkemaskan untuk keteguhan & ketahanan
  • terdapat dalam saiz 'single', 'queen' dan 'king' 'single' (RM 1888) , 'queen' (RM 2998) dan KingRM3998)




BANTAL SAINTIFIK CONTIAGO -
Memiliki bantal yang selesa, direka secara ergonomi, menyokong sepenuhnya bahagian kepala, tengkuk & tulang belakang adalah satu cara mencegah ketidakselesaan sewaktu tidur .

Fungsi & kebaikan Bantal Saintifik Contiago :
@@Alami Sokongan Ergonomi - rekaan ergonominya amat ideal untuk menyokong kepala, tengkuk & bahu yang dapat melegakan tekanan & memperbaiki bahagian tubuh yang salah penjajarannya.

@@Bangun Tanpa Kesakitan di Tengkuk & Otot - bentuk uniknya memberikan sokongan yang teguh namun lembut untuk kepala & tengkuk yang dapat mengelakkan ketidakselesaan & kesakitan apabila bangun tidur.


@@Alami Tidur yang Nyenyak - apabila tubuh merehat & membebaskan diri daripada kelesuan, anda dapat merasai tidur berkualiti tinggi lagi nyenyak.


@@Tidur Secara Semula Jadi - membolehkan anda tidur yang nyenyak dan mendalam sambil memperolehi kebaikan bantal Contiago ini.


@@Perlindungan Anti Hama - memberikan tahap terbaik perlindungan anti hama yang terbukti dengan bahan fabrik yang dirawat khas, yang memberikan tidur yang membahagiakan.


Gred Premium RM 211
Gred Super Deluxe RM 307
Gred Deluxe RM 246
Bantal Peluk Contiago RM 260

>>PENYAKIT STROK

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.
Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-tanda amaran strok
Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan. Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya. Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal. Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah. Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.
Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak. Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak. Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.
Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok. Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?
Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit. Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.
Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. ‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya. Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan. Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.
Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Monday, November 9, 2009

>>>BIO-MANGNETIC


Koleksi gelang dan bangle magnetik. Membantu meningkatkan kualiti kesihatan anda di sebalik keindahannya! Fungsi magnetiknya menjadi alternatif yang membantu melegakan ketidakselesaan pelbagai keadaan. Barangan kemas yang versatil dari segi fungsi dan gaya. Ianya ada jaminan seumur hidup.

BG 8597(RM373) BG 8598(RM397)
BT 8592(RM420) BT 8593(RM367)
BT 8595(RM373) BT 8596(RM290)
BT 8594(RM366)

Saiz Gelang Tangan 55mm, 60mm
Saiz Rantai Tangan 16.5cm, 17.5cm, 19cm

Sunday, November 8, 2009

>>>Vegi-Vera - Minuman Serbuk Jus Daun Gandum


Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya.
RM 72.50 - 30 sachet x 8g

>>>iso3-campuran-kolagen-untuk-awet-muda


ISO.3 - Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dengan Ekstrak Buah-buahan Terdiri daripada kolagen marin terhidrolisis, ekstrak ceri acelora, ekstrak biji kiwi, serbuk mutiara, serbuk gel aloe vera, kompleks karotenoid & serbuk buah-buahan campuran. Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP Iso.3 :
C - Clear / membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)
N - Nourish / menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)
P - Protect / melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)
Ringkasan Kebaikan Iso.3 :
membantu merangsangkan pembentukan kolagen & metabolisme
membantu menggalakkan pembaharuan kulit & mengurangkan pengecutan otot
membantu menyelenggarakan kesihatan kulit & mukus membran
membantu memperbaiki keserian & lembapan kulit
membantu mengurangkan penampilan kedutan & lingkaran hitam di sekeliling mata
membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit & memulihkan akne
membantu meneutralkan radikal bebas
mambantu menyahtoksik kulit
membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu
membantu mencegah penyakit & jangkitan kulit
membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut & kuku
membantu meningkatkan sistem imun tubuh

RM 104 (WM) : 20 sachet x 15g

>>>Minuman Kopi-Pra-Campur

KOPI PRA-CAMPUR DENGAN GINSENG &TONGKAT ALI
kopi berkhasiat terpilih khusus untuk lelaki! Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali adalah kopi segera yang dihasilkan daripada biji kopi Colombia dan diadun bersama Serbuk Ekstrak Ginseng dan Tongkat Ali. Dengan Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali, diri anda akan penuh bertenaga dengan stamina yang lebih baik. Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali membantu mengecas semula tenaga tubuh bila-bila jua anda inginkannya. Memandangkan Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali didatangkan di dalam sachet, anda berpeluang menikmatinya tidak kira masa dan tempat. Minumlah Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali yang memberikan kelebihan menikmati gaya hidup yang lebih sihat. RM 37.60

KOPI PRACAMPUR DENGAN GINSENG & KACIP FATIMAH
pilihan hebat bagi penggemar kopi wanita! Kopi Pracampur dengan Ginseng & Kacip Fatimah adalah pilihan kopi segera premium dengan herba tradisional seperti Ginseng dan Kacip Fatimah. Ginseng dan Kacip Fatimah adalah bahan yang membantu mengekalkan stamina secara terbaik. Ginseng diketahui dapat meningkatkan tenaga tubuh kita bagi memastikan kecergasan sepanjang masa, sementara Kacip Fatimah pula diketahui berupaya menyingkirkan angin berlebihan di dalam tubuh. Ia ideal untuk diminum, terutamanya wanita yang sering keletihan selepas bekerja dan perlu menyegarkan kembali tubuh dan minda. Pastinya Kopi Pracampur dengan Ginseng & Kacip Fatimah pilihan anda untuk mengembalikan kesegaran dengan segera. RM 37.60

KOPI PRACAMPUR DENGAN MOCHA, GINSENG & GINGKO BILOBA
memukau dengan rasa Mocha berkrim serta meningkatkan kepekaan mental!
Memperkenalkan Kopi Pracampur dengan Mocha, Ginseng & Ginkgo Biloba, satu lagi kopi menarik yang menawarkan kenikmatan sebenar khususnya buat mereka yang menyukai Mocha kaya berkrim yang membantu merangsang daya ingatan. Ia adalah minuman luar biasa yang memberikan rasa mewah. Kombinasi unik Mocha, Ginseng dan Ginkgo Biloba serta Kopi Colombia menjadikan kopi ini menyenangkan untuk dinikmati dengan segala kebaikannya. Ginkgo Biloba mengandungi tahap berkuasa sebatian aktif tinggi yang membantu meningkatkan daya ingatan, selain Ginseng yang berpotensi menguatkan ketahanan semula jadi tubuh. Campuran ketiga-tiga ramuan handalan ini menjadikan minuman kopi ini lain daripada yang lain. Mocha yang diadun bersama Ginseng dan Ginkgo Biloba memberikan rasa berbeza berbanding Kopi Mocha yang lain, menjadikannya sukar dilupakan!
RM 37.60

KOPI PRACAMPUR DENGAN GINSENG
nikmati rasa kopi hebat dengan manfaat ginseng! Kopi Pracampur dengan Ginseng diperbuat daripada biji kopi Colombia hebat yang memberikan rasa mewah mengasyikkan. Aroma daripada kopi ini sungguh menyegarkan dan membantu merangsang keyakinan sepanjang hari. Adunan kopi Colombia dan Serbuk Ekstrak Ginseng menghidangkan kopi segera di dalam sachet yang amat mudah disediakan. Ditambah dengan kebaikan Ginseng, Kopi Pracampur dengan Ginseng mampu memberikan tenaga di kala anda alami keletihan. Dengan Kopi Pracampur dengan Ginseng, anda dijamin dengan rasa menakjubkan dan kesegaran pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
RM 35.30